NABI SAW JUGA SEORANG MANUSIA

0
(0)
0 74
RM35 Sold
In Stock

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.
Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW - sebagai seorang manusia?
Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh nabi SAW.

 
Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian; 
Baginda SAW juga berasa sedih, takut, gementar dan risau; 
Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

 
Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi. Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

Shipping Cost
Shop Location 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

No reviews found!

No comments found for this product. Be the first to comment!